Ciri-ciri Web 2.0
Okay, dalam ertikata seringkas-ringkasnya, ciri-ciri pada Web 2.0 ialah:
1.) Mengandungi aplikasi web yang mempunyai ciri-ciri dan berfungsi seperti aplikasi pada komputer desktop.
Boleh dijalankan terus melalui web browser dan tidak memerlukan install software pada PC.
Contoh seperti aplikasi javascript, java applets, php dan yang sebagainya. Saya tidak akan membincangkan technicalities dalam hal ni, tapi jika anda membuka apa-apa website seperti YouTube, iTunes dan sebagainya, anda akan dapat melihat aplikasi tersebut
berfungsi secara real-time.
2.) User-generated content (interactivity): Membolehkan pengunjung memberi pandangan, komen, menulis artikel dan sebagaimana seperti yang ada pada blog, forum, Friendster, MySpace, Squidoo dan sebagainya. Jika dalam web 1.0, penggunjung hanya membaca artikel pada website, dalam web 2.0, penggunjung juga boleh menjadi subscriber dan contributor. Juga termasuk platform photo-sharing seperti Flickr dan video-sharing seperti YouTube, GoogleVideo.
3.) Membolehkan pengguna berkait antara satu sama lain. Platform yang boleh digunakan termasuklah MyBlogLog,
untuk blogs, atau add-a-friend seperti pada Friendster atau MySpace. Berbeza dengan link biasa, pengkaitan adalah interactive dan dalam contoh MyBlogLog, membolehkan pengguna mengisi maklumat peribadi dan melihat perkaitan atau pertalian diantara dia dan pengguna-pengguna lain.
4.) Penggunaan RSS feed dan RSS reader pada web site atau blog. Boleh memberi instant maklumat kepada pengunjung bila sesebuah site di update. Pengunjung tidak perlu lagi taip URL dan memeriksa sesebuah website setiap hari kalau-kalau pemilik site tersebut ada menulis artikel baru.
5.) Penggunaan skrip Open Source (OS), sama ada secara keseluruhannya atau separa-OS. Skrip pada wordpress.org, wiki, mozilla, sourceforge dan sebagainya.
6.) Penggunaan Folksonomy seperti tagging, tag clouds dan sebagainya untuk memberi kategori kepada webpage, links dan photos.
7.) User-friendly interface. Tidak seperti web 1.0 yang selalunya tidak berapa user-friendly, Web 2.0 sites memudahkan sesiapa saja menggunakannya kerana ia merangkumi ciri-ciri WYSIWYG (what you see is what you get). Tengoklah Friendster – nak bina Friendster site begitu mudah untuk beginner!
8.) Clean layout. Easy navigation. Tidak complicated.
Can be summed up as:
Pengguna komputer ==> lihat RSS Reader ==> melayari website ==> baca/lihat ==> meletakkan komen / tulis posting / edit kandungan / upload photo ==> lihat / baca komen rakan lain ==> balas komen/posting rakan-rakan ==> tinggalkan website ==> tutup browser.
Okay ciri-ciri web 2.0 diatas bukanlah list sepenuhnya dan sebagaimana yang saya tulis diatas, istilah web 2.0 itu sendiri pun tidak dapat dijelaskan sepenuhnya oleh pakar-pakar internet kerana ia agak luas dan ciri-ciri diatas tidak wujud pada masa yang sama tetapi telah evolve pada jangkamasa yang berlainan.
Malah istilah web 2.0 hanya digunakan sejak 2004, dan ada diantara ciri-ciri diatas sudahpun wujud sebelum istilah itu dicipta. Tapi tak apa, yang penting anda faham maksud web 2.0.
Sekarang pula, dengan wujudnya aplikasi-aplikasi baru pada internet, kebanyakkannya akan dilonggok ke dalam istilah web 2.0. Ini menyebabkan istilah web 2.0 disalahgunakan, terutamanya dalam web marketing, untuk menjelaskan apa saja perkara baru dalam internet, walaupun mungkin ia tidak mengandungi ciri-ciri yang disebut diatas.
Kadang-kala walaupun sesebuah website itu baru, ia masih mengandungi ciri-ciri web 1.0:
Pengguna komputer ===> melayari website ===> baca/lihat ===> tinggalkan website ==> tutup browser.
…dan ada juga website baru jenis ini akan tersalah menggunakan istilah web 2.0 untuk menggambarkan diri mereka,
walaupun sebenarnya ciri-ciri website mereka adalah web 1.0.
Tidak ada sesiapa pun yang mengawasi penggunaan istilah Web 2.0, tetapi ciri-ciri yang ada diatas dapat serba-sedikit memberi gambaran sama ada sesebuah site itu web 2.0 compliant atau tidak.
Mungkin kalau site tersebut dah ada lebih 70% dari ciri-ciri diatas, boleh dikira sebagai web 2.0 site? Kalau 50%, boleh dikira separa-web 2.0?
Makna Web 2.0
Istilah Web 2.0 ini telah muncul untuk kali pertama dalam satu sesi perbincangan antara syarikat O'Reilly dengan MediaLive International. Menurut Tim O'Reilly, Web 2.0 adalah satu rangkaian platform, yang melibatkan semua peranti yang bersambungan [membentuk dunia maya]; manakala aplikasi Web 2.0 adalah aplikasi yang memanfaatkan kesemua kelebihan intrinsik yang wujud di platform tersebut: memberikan khidmat perisian yang sentiasa dikemas kini dan bertambah baik seiring pertambahan pengguna; menggunakan dan menggabungkan data daripada sumber berlainan, termasuk pengguna individu, namun pada masa yang sama turut menyediakan data dan khidmat yang boleh digabungkan oleh pengguna lain; mencipta kesan berangkai melalui "rekabentuk penyertaan" (architecture of participation), dan menembusi metafora helaian [elektronik] dalam Web 1.0 untuk menyampaikan pengalaman [informasi] yang mewah kepada pengguna.
Bertitik-tolak daripada idea tentang Web 2.0 ini, Ian Davis menyarankan bahawa Web 2.0 bukanlah merupakan suatu teknologi, tetapi sikap. Perubahan yang sedang melanda dunia maya sekarang adalah perubahan sikap perhubungan manusia dengan Internet, sedangkan teknologi yang digunakan masih lagi teknologi yang sedia ada. Perihal ini disokong oleh pendapat pengasas web, Tim Berners-Lee tentang Web 2.0. Beliau mengatakan bahawa Internet, tidak kira dalam makna yang cuba diberi oleh Web 1.0 atau 2.0, tetap merupakan suatu ciptaan yang terarah kepada perhubungan manusia manakala segala teknologi yang disifatkan sebagai Web 2.0 telah digembleng sejak permulaan kewujudan Internet lagi.
Meskipun ada banyak lagi suara bantahan mencabar ketepatan istilah Web 2.0 yang dianggap sebagai gimik perniagaan dan mengambil kesempatan atas perubahan yang melanda dunia Internet, namun penggunaannya telah merebak dengan cepat sekali di kalangan khalayak IT yang menyebabkan ia wajar diperbincangkan.
O'Reilly percaya aplikasi Web 2.0 mempunyai beberapa ciri khusus dan istimewa yang membezakannya dengan aplikasi-aplikasi Internet terdahulu yang didakwa sebagai aplikasi Web 1.0. Antaranya adalah perbezaan di antara laman web terdahulu yang statik dengan ciri-ciri blog yang lebih terbuka serta mengajak penyertaan dan masukan pengguna. Begitu juga dengan Britannica Online dan Wikipedia; di mana kedua-duanya adalah ensiklopedia tetapi Britannica mempunyai kawalan editorial ketat dan berbayar, manakala Wikipedia mempunyai sistem editorial terbuka tetapi percuma. Perbezaan lain turut didapati antara perisian Netscape dengan enjin carian Google, Akamai dengan BitTorrent, mp3.com dengan Napster, DoubleClick dengan Google Adsense, sistem taksonomi dengan folksonomi serta banyak lagi.
Secara keseluruhan, aplikasi Web 2.0 menjanjikan interaktiviti, keterbukaan, penyertaan orang ramai, perubahan daripada bentuk perisian yang perlu diselenggara oleh pengguna kepada bentuk servis yang sediakala dinamik, serta perkongsian dan pembebasan data - termasuk kod pemprograman, bahan dan idea - yang dapat membuka peluang ekonomi kepada golongan yang diistilahkan sebagai "Long Tail" iaitu orang awam termasuk kita semua.
Ini boleh disaksikan melalui rangkaian sosial popular seperti Facebook yang interaktif, terbuka kepada orang ramai dan semakin berkuasa apabila semakin ramai orang menyertainya. Keterbukaannya dalam perkongsian data tertentu memberi peluang kepada para pembuat aplikasi untuk mencipta aplikasi kecilan lain yang beroperasi sebagai tambahan atau tempelan kepada Facebook itu sendiri sehingga mampu menjana pendapatan daripadanya.
Contoh lain adalah aplikasi web LibraryThing (suatu kemudahan untuk mengkatalog buku dalam talian serta bertukar maklumat tentang buku sesama ahlinya) yang kini membuka data mereka melalui kaedah API (Application Programming Interface) kepada pihak perpustakaan untuk memanfaatkan kira-kira 3 juta imej kulit buku yang telah dimuat naik oleh para pengguna mereka. Selama ini ada perpustakaan yang menggunakan khidmat berbayar untuk mendapatkan imej-imej kulit buku bagi mewujudkan sistem katalog yang lebih mesra pengguna.
Demikian juga Amazon.com, pemain penting dalam dunia aplikasi web, di mana polisi data terbuka mereka memungkinkan peluang orang lain untuk menjadi rakan kongsi perniagaan sehingga tahap individu dengan memautkan data buku serta membuka cawangan kedai maya Amazon dalam talian milik sendiri di blog atau laman web masing-masing.
Kita melayari Internet dengan pelbagai tujuan. Kita mungkin sedang mencari teman zaman persekolahan yang telah lama terpisah, ingin mengetahui perkembangan terkini kawan-kawan, mahu mewujudkan satu pohon hirarki keluarga supaya rancangan hari keluarga dapat disusun dengan lebih teratur atau bertukar cadangan tentang buku-buku yang menarik untuk dibaca. Dalam proses tersebut, kita mungkin telah menggunakan rangkaian sosial Facebook atau Friendster, melawat blog kawan-kawan, menggunakan aplikasi genealogi MyHeritage atau menyertai Goodreads mahupun LibraryThing.
Bagi sesiapa yang biasa melayari Internet, mereka tentu tidak akan terlepas pandang akan kewujudan aplikasi berasaskan web seperti di atas yang kini begitu berleluasa di dunia maya. Selain blog, rangkaian sosial dan aplikasi genealogi, terdapat juga aplikasi RSS, wiki, podcast, aplikasi perbualan masa sebenar (instant messaging), aplikasi perkongsian imej, audio dan video, aplikasi pejabat dalam talian serta banyak lagi. Aplikasi-aplikasi ini telah memberikan suatu nuansa baru kepada aktiviti di dunia maya dengan ciri-cirinya yang istimewa. Malahan, kesemua aplikasi yang telah disebutkan boleh dikelaskan di bawah suatu istilah, iaitu aplikasi Web 2.0.
Penerbitan Web
Menurut Konferens Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD), penerbitan elektronik terdiri daripada teknologi dan model perniagaan yang melibatkan penghasilan, penyelenggaraan, pengarkiban dan pengedaran dokumen (buku, jurnal, majalah, suratkhabar dan lain-lain) dalam bentuk elektronik dan/atau melalui komputer. Ini bermakna segala proses penerbitan bermula daripada penghasilan dokumen oleh penulis sehingga dokumen tersebut sampai kepada pembaca tidak lagi berasaskan kertas tetapi berasaskan elektronik dan menggunakan teknologi komputer serta komunikasinya. Penerbitan web turut merangkumi makna di atas, kerana setiap apa yang diterbitkan di web dengan sendirinya merupakan dokumen elektronik dan melalui proses penerbitan yang sepenuhnya menggunakan komputer. Namun penerbitan web tidak merujuk kepada bahan elektronik yang diedarkan melalui cakera padat atau yang lain seumpamanya.
Kemaraan teknologi dan kemajuan sains dalam bidang teknologi maklumat ini telah menjadikan industri, perniagaan dan aktiviti penerbitan menjengah era baru yang sama sekali berbeza berbanding dahulu. Penerbitan web mewakili pembaharuan dalam teknologi percetakan-penerbitan dan telah merevolusikan segala aktiviti lain berkaitan informasi dalam masyarakat. Buat kali pertama, sesuatu maklumat boleh diagihkan kepada seberapa ramai orang yang dikehendaki tanpa mengira tempat, dimanfaatkan oleh mereka dan kemudian diagihkan pula kepada orang lain menggunakan komputer dan peranti lain yang berperanan serupa melalui rangkaian atau jaringan Internet serta teknologi web yang lain.
Perkongsian ilmu saintifik dan hasil kajian menjadi lebih pantas dan tidak lagi terhad kepada jurnal bercetak yang perlu dilanggani pada kadar harga tertentu. Pilihan percuma tetapi bermutu telah ada dalam talian contohnya jurnal-jurnal akademik yang ditawarkan Directory of Open Access Journal (DOAJ), Open J-Gate atau usaha peribadi sarjana seperti T. D. Wilson yang menerbitkan jurnal Information Research dengan kerjasama beberapa pihak. Malah penerbitan web jugalah yang memungkinkan terlaksananya perdagangan elektronik dan kerajaan elektronik. Perdagangan elektronik boleh mempertimbangkan potensi industri penerbitan konvensional yang menghasilkan pulangan sebanyak 26 bilion dolar dalam tahun 2002. Sekiranya industri penerbitan yang sebesar itu nilainya dan dimonopoli oleh syarikat penerbitan negara maju terutama di Eropah dan Amerika Syarikat digembleng ke arah industri penerbitan web oleh negara membangun, mereka mempunyai peluang untuk bersaing dengan lebih saksama kerana sasaran pengguna atau pelanggan telah diperluaskan lagi meskipun bermula di pasaran kecil. Oleh sebab itu usaha penerbitan elektronik oleh Dewan Bahasa dan Pustaka melalui Karyanet merupakan tindakan yang tepat pada masanya. Institusi kebudayaan seperti perpustakaan juga dapat meningkatkan perkhidmatan dengan menggunakan teknologi penerbitan web. Perkhidmatan penghantaran dokumen (Document Delivery Service) cara lama yang lambat telah digantikan dengan penghantaran dokumen elektronik yang pantas dan boleh dipohon secara peribadi dalam talian tanpa perlu melalui institusi tertentu.
Perubahan dalam teknologi digital selama beberapa tahun belakangan telah memberi manfaat besar kepada penerbitan web. Hasilnya dalam tempoh sepuluh tahun terdapat peningkatan yang memberangsangkan dalam penghasilan bahan elektronik sama ada dalam dunia kesarjanaan atau perdagangan. Pada hari ini kategori penerbitan elektronik sudah begitu pelbagai seperti jurnal elektronik, buku elektronik, kertas elektronik, pangkalan data elektronik (sama ada abstrak, indeks atau teks lengkap), kerja rujukan elektronik, perpustakaan buku elektronik dalam talian, portal maklumat nilai ditambah (value-added information portal) dan lain-lain lagi.
Seiring dengan limpahan bahan penerbitan web ini, teknologi maklumat juga turut menghasilkan penyelesaian baru untuk menguruskan kepelbagaian medium dan format elektronik yang wujud. Kajian dan pembangunan terkini dalam bidang penerbitan web menawarkan satu keseimbangan baru kepada ekosistem penerbitan dalam talian sama ada untuk tujuan kesarjanaan atau perdagangan.
Sekadar menyebutkan beberapa contoh; antara bahasa pemformatan, standard teknologi dan lain-lain yang menjadi penyelesai kepada pertumbuhan bahan penerbitan web dan merevolusikan aliran penerbitannya adalah Standard Generalized Mark-up Language (SGML), Hypertext Mark-up Language (HTML), Dynamic Hypertext Mark-up Language (DHTML), Extensible Mark-up Language (XML), Extensible Stylesheet Language Transformations (XSLT), synchronized multimedia, Resource Description Framework (RDF), Digital Object Identifier (DOI), Open Uniform Resource Locator (OpenURL), pelbagai standard dan skema metadata seperti Dublin Core dan Metadata Encoding Transmission Standard (METS), Web 2.0, Open Access Initiative (OAI), Unicode serta banyak lagi teknologi maklumat dan komunikasi. Melalui gabungan terbaik dan simbiotik inilah penerbitan web menjadi semakin subur dan berpotensi.
Oleh sebab kepelbagaian teknologi yang mendasarinya, penerbitan web menjadi sesuatu yang mencabar untuk diceburi. Malah perbincangan tentangnya bukan sahaja melibatkan teknologi, tetapi juga kos penerbitan dan pengagihan, model penentuan harga, struktur industri, kualiti bahan dan harta intelektual yang banyak berbeza daripada paradigma dunia penerbitan yang lama. Beberapa perkara berkait perlaksanaan undang-undang berkenaan harta intelektual dan hak cipta harus diselesaikan dengan bijaksana oleh pemerintah supaya selaras dengan gerak kerja di peringkat antarabangsa yang dijalankan oleh Organisasi Harta Intelektual Dunia (WIPO) dan Organisasi Perdagangan Dunia (WTO). Dengan cara ini pengamal penerbitan web akan berasa lebih terbela dan lebih ramai lagi yang akan menceburinya. Walau bagaimanapun suatu kenyataan yang harus diterima adalah wujudnya jurang digital di antara golongan miskin dengan golongan berada yang harus direntasi terutama di negara membangun agar penerbitan web dapat dimanfaatkan oleh semua.
Di sebalik semua cabaran ini, kepentingan dan potensi penerbitan web tidak dapat tidak harus diakui dan diberi keutamaan yang bukan sedikit supaya kelak kita tidak ketinggalan. Kepentingan web dan kaitannya dengan kehidupan kita hari ini digambarkan penuh puitis tetapi berkesan oleh Ian Witten, seorang sarjana sains komputer dan pencipta perisian perpustakaan digital Greenstone dalam bukunya “Naga Web” (“Web Dragons”) :
Sebuah cakerawala (digelar orang sebagai web)
adalah tempat masyarakat menyimpan
keseluruhan ilmu yang terjangkaukan.
Di situ kita belajar dan bermain, membeli serta
berniaga, berhubungan sesama teman lama,
dan menemui teman baru pula.
Hari ini kita berdiri di pusat
sebuah revolusi masyarakat yang mencipta,
menyusun, memberi ruang, memperaga,
dan melestari maklumat.
...Semua itu adalah web....
Pendidikan itu asalnya dari kata didik
Didik ertinya "memelihara dan memberi latihan tentang akhlak dan
kecerdasan fikiran"
Pendidikan berarti "proses pengubahan sikap dan tata laku seseorang
atau kelompok orang dalam usaha mendewasakan manusia melalui upaya
pengajaran dan latihan"
Jadi, "pendidikan adalah suatu proses, suatu perbuatan, suatu cara
mendidik"
Memperbaiki kesalahan merupakan pendidikan
Melakukan kesalahan, juga pendidikan
Membiarkan kesalahan, juga pendidikan
Membenarkan kesalahan, juga pendidikan
Menyalahkan kebenaran, ….. nah …. kadang-kadang juga pendidikan
Menghukum yang salah adalah pendidikan
Menghukum yang benar, juga pendidikan
Memuji yang benar adalah pendidikan
Memuji yang salah, juga pendidikan
Memperbaiki sesuatu adalah pendidikan
Merosak sesuatu, ….. nah …. kadang-kadang juga pendidikan
Ada lima hal yang sangat penting !
Pertama, pendidikan itu untuk siapa ? untuk apa ?
Kedua, pendidikan itu dari siapa ?
Ketiga, mengapa diberikan, diterima, dan mengapa diperlukan
pendidikan ?
Keempat, bila pendidikan itu diberikan, diterima, dan bila
diperlukan ?
Kelima, bagaimana memberikan dan menerimanya ?
Mana yang lebih baik, mendidik ataukah dididik
Mana yang lebih baik, pendidik ataukah terdidik
Jarang yang menyadari ......
Seseorang yang sedang mendidik, saat itu juga sedang dididik
Seseorang yang sedang dididik, saat itu juga sedang mendidik
Jadi .... seorang pendidik sebenarnya juga seorang yang dididik
Dan ... seorang yang dididik, tanpa sadar sebenarnya juga seorang
pendidik









